Assalamualaikum, pembaca setia yang tak folow, mahupun folow, yang baru je tawu kewujudan blog ni, yang mengintip, yang setia membaca dari jauh, lagi2 yang merindui saya. :P cehhh.
Maaf, resepi pavlova, takoyaki dan durian crepe masih tertangguh nak menaip. kemalasan melanda tahap gaban. tapi rajen untuk menaip tentang 2013. sumpah, gua exited gile habes.
20 tahun lagi beberapa hari dan bergelar wanita.
tapi masih ade yang anggap aku budak2. sbenarnye prangai tu, prangai manje. hah? geli? tak. sebenarnye tak. untung aku tak gedik. aku memang budak2 pada ketika tengok helo kity ape punye jua barang, aku gile nakkan nya. dan ape lagi? aku mcm2 budak2 yang masih nakkan maen buaian kat padang permaenan dan makan koko krunch. tak lupe jugak kadang2 aku macam budak2 berlari2 kelam kabut dan teruja nak gile tengok sumthg yang sbenanye biase je kalaw org dewase tengok. ade ketikanye kite memang macam budak2 dan tak padan dengan umur kita.
dengan title budak2 pada tahun 2013 aku bakal memandu tanpa lesen P di kereta mahupun moto. dengan title budak2 jugaklah aku masih nak pergi ke helo kity town kat nusajaya tu. dengan title budak2 jugaklah aku nak orang pinang aku, haha, merepek. mana la ade sampai ke tahap tu.
kita adalah kita. yang mengubah diri kita. bukan kerana orang laen. jika dia benar2 sayang kita. dia akan bertolak ansur menerima kita seadanya..
Di sini aku sertakan beberapa sebab kenapa aku tak sabar nak 2013.
PERTAMA:
Umur aku dah 20 tahun. Ape sey kalau korang kata dah tua, relax la nga bujang lagi nih. aku tak minat pulak tengok manusia yang merengek2 kata 20 tahun tu dah tua. kalaw kau nak muda sngt, ape kata kaw dudok selamanya kat skola menengah, statik tak payah kawen, branak, merasa kerja tetap. tak payah. tu namenye menjeng. orang jawa may b tawu menjeng tu ape. 20 tahun kau kat bawah ketiak mak tadah duet mintak duet nak beli jajan, baju dalam semua pun mak kaw masih belikan, selama 20 tahun jugaklah kaw rase berlagak dan tak tawu jimat cermat gune duet mak bapak. termasuk aku. teringat zaman kegemilangan jahiliah mase sekolah menengah, reti nak bergaya je tak pun langsung nak menabung. tawu nak duet, blaja astaghfiruulllahalazim, malas nyah !
Sekarang dipenghujung saat2 akhir aku menapak berdiri teguh. aku nak berdikari walaupun aku cuma kerja part time. dengan gaji aku ade ni, bermulalah aku sebagai wanita.. wanita yang berjimat cermat, yang mule menabung di sekitar bank yang ade. Korang kalaw tak simpan daripada sekarang, korang tak merasa lah rase susah, nanti bile korang susah, terkial2 korang kais pasir carik duet.
Tak kesah la asal korang anak orang kaya ke sederhana ke miskin ke. anak yatim piatu ke. yang beza cume akal korang. korang pernah tak terfikir yang kalaw korang menabung dari sekarang korang akan:
umur 21 tahun: korang dapat beli barang2 IPTA untuk sambung degree korang lengkap sebanyak RM1000
umur 22 tahun: korang akan dresup biase je dan just dapat cuci mata tengok korang punye kawan2 semua dah menjalar kereta, pakaian beratus2, kasut, beg asyik bertukar2 semua beli kat KLCC lah ape lah walhal kite punye barang lek je kat KL gak tapi jalan masjid india je takpun kat pasar malam tiap hari jumaat tu. haha. sakai? relax la wey, jimat duet kaw, jimat duet mak bapak kaw. tak mati pun lah kalau kau pakai jam rm10, kasut jepun, beg recycle, baju bundle.
umur 23 tahun: korang dah kelip2 mata insyaallah, korang dapat bayar muka sebuah kereta tempatan sedan seconhand sperti persona atau sebuah kereta kompak tempatan iaitu myvi atau viva. tak percaya? RM5000 dalam mase 3 tahun, boleh sangat.
umur 24 tahun: korang dah habes degree. yang perempuan kelip2 tunggu pinangan orang.. tak pun mase ni korang dah kawen dah pun. atau dah ade baby. baby dlm perot naek atas stage skali ikot mase konvo. fuhhh sronoknye.
umur 25 tahun: RM20000 mungkin dah ade dalam tangan sebab mungkin mase ni insyaallah dah kerja, ala buat ala kadar je, duet tu boleh buat kawen, cukup lah sederhana je, lepaskan ape yang wajib dan sunat.. ukurlah baju di badan sendiri. kalaw masih tak jumpa jodoh, baek korang pergi haji.
done.
umur 30 tahun: korang dah ade 3 anak, dah pergi haji plus bawak mak bapak sekali pegi haji, dah ade kereta persona korang tu, haha, relax la, bertambah lagi satu kereta mazda 6. haaaa baru la dapat beli rumah besar ckit mase ni sebab semua dah stabil..
TAMAT ALASAN PERTAMA
KEDUA
Seperti yang dijanjikan pada hari lahir ke 19, bukanya pintu hati untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. aku nak rajen datang usrah, moga ade yang sentiase membimbing.. menjadi muslimah yang berjaya dan bekerjaya. kukuhkan aku. tabahkan aku. tetapkan iman dan pendirian ku. jauhkan aku dari segala maksiat, penipuan, keburukan, fitnah, musuh utama iaitu syaitan. jauhkan lah.. mulakan tapak ku dengan langkah yang berjalan, berlari2 anak dan berlari tanpa henti. barulah aku sampai ke garisan penamat yang selamanya iaitu akhirat.
Ape yang berlaku di sebalik persahabatan, konflik adek beradik, cinta.. biarlah semua tu tinggal kenangan yang aku simpan sebagai satu pengajaran. lengkap untuk aku bawa ke umur 20 tahun.
Bismillahirahmanirahim 2013, kau bakal hadir..
aku tunggu dengan penuh kegembiraan dan keinsafan, moge diri ini lebih adil untuk diri sendiri dan mengutamakan menjadi hamba Allah..
sememangnye aku ade mengejar dunia, mengejar dengan berkatMu, untuk mase depan suamiku, anak2 ku, hari tua ku, ibu bapaku, adek2ku Ya Allah...
Tak lupa untuk menjejakkan kaki ke Mekah menunaikan haji pada usia muda..
Ringankan jodohku Ya Allah..
Januari keputusan MUET keluar
Feb/Mac keputusan STPM keluar
Jun keputusan IPTA keluar
Aku telah berusaha dan tinggal aku untuk berdoa.. Semoga tahun 2013 banyak merubahku ke arah kebaikan..
Bersusah2 dahulu aku sabar, untuk kesenangan dunia dan akhirat..
inilah azamku.