Kalaw orang Johor, mungkin pernah
mkn nasi ujang, rasenye ade mcm paprik ckit, cume pedas2, paling sdp kalaw
ujang masak daging, ayam mcm tak berape sedap, paling sedap ade satu restoran
kt kluang, alahhhh aku promote ni mungkin bbpe org kluang tawu, BOB CORNER,
dekat sebelah AADK KLUANG (yg dulunye banglo) kt kampong melayu. Hampir dekat
dgn hotel prime city. Haaa carik la sendiri. Sedap gile kt ctu.
Raya korban punye pasal, so adela
daging yg dpt dibawa blek uma, so aku yg hantu daging, mmg suke la, so lunch tu
aku offer nak masak. Aku masak la daging ni.
RESEPI DAGING UJANG
Untuk 4 orang makan
Bahan utama (dipotong kecil atau
nipis dan direbus dahulu sehingga empuk)
Daging utk 4 org makan
Bahan-bahan tumis (dikisar)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 batang cili padi, nak pedas,
lebihkan
3 inci halia
Bahan-bahan A (ditumbuk sedikit)
1 batang serai
3 batang cili padi, nak pedas,
lebihkan
Bahan-bahan lain
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit garam
2 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn air
2 helai daun limau purut (jika ada)
1/2 cawan air
Cara-cara memasak
1) Panaskan
minyak dan masukkan Bahan-bahan tumis (dikisar)dan Bahan-bahan
A (ditumbuk sedikit)kacau sehingga naik bau.
2) Masukkan
sos tiram, tepung jagung dibancuh dgn air dan helaian daun limau purut (jika
ada).
3) Masukkan
daging yang telah direbus dan 1/2 cawan air sehingga masak serta sedikit garam.
*tambah air lagi jika mahu berkuah
SIAP !
No comments:
Post a Comment